Dengan mempunyai pelbagai
trade name banyak contohnya paracil, panadol,
uphamol, pamol dan lain-lain, ubat ini cukup sinonim dengan kita,
contohnya masa demam, dan sakit kepala. Bahkan ada mak kawan bagitau ubat ni
boleh dimasukkan ke dalam gulai melembutkan keliatan ayam atau daging. Kalu doktor, dia biasa tulis PCM je sebagai singkatan pracetamol tu
Paracetamol tergolong
dalam kumpulan ubat ‘non-narcotic analgesic’. Analgesic bermaksud tahan sakit.
Ia bukan seperti kumpulan ubat ‘non-steriodal anti-inflammatory drugs’ (NSAIDs)
kerana paracetamol tidak mempunyai atau mempunyai amat sedikit sifat
anti-inflamatori atau anti keradangan. Ia juga bukan seperti kumpulan ubat ‘narkotic
analgesic’ sebab ia tidak menyebabkan ketagihan dan tolerans. Di samping
bersifat analgesic, ia juga bersifat ‘anti-pyretic’ iaitu ‘anti-suhu panas’.
Maka ia sesuai untuk pesakit sebagai ubat tahan sakit yang ringan dan demam.
Bagaimana ia bertindak
sebagai analgesik dan anti-piretik? Mai kita belajar sikit. Ia berdasarkan
tindakannya pada metabolisme prostaglandin. Panjang ceritanya kat situ ye. Skip
dulu hal metabolisme progtaglandin tu. Ada masa kita sentuh balik.
Tindakan analgesic
Dipercayai prostaglandin E2 (PGE2)
menyebabkan hujung saraf sensitif kepada bradikinin, histamin dan bahan kimia
lain yang dirembes semasa proses keradangan. Dengan mengurangkan sintesis PGE2,
maka ia boleh merendahkan sensitiviti sakit.
Tindakan anti-piretik
PGE2 juga boleh menyebabkan setting
pada pusat kawalan suhu di otak terjejas iaitu jadi meningkat. PGE2
meningkat kerana ransangan daripada agen pirogen (agen penyebab suhu tinggi)
iaitu cytokine yang dikeluarkan semasa jangkitan kuman, hypersensitivity,
kanser, dan inflamasi. Dengan mengurangkan PGE2, maka setting pada
pusat kawalan suhu boleh disetkan semula.
Ubat yang kita makan akan
diserap dengan cepat oleh sistem penghadaman dan akan dimetabolisme kan di sel
usus kecil dan sel hati. Dalam dos terapeutik, paracetamol sempat di’conjugate’
(secara mudahnya dinyahtoksikkan). Jika dalam dos berlebihan ia boleh
menghasilkan bahan kimia yang berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian sel
pada buah pinggang, hypoglicemia, dan kerosakan hati.
Maka jangan ingat kita
boleh telan paracetamol dengan sewenang-wenangnya. Kita dinasihatkan untuk
tidak mengambil daripada 8 biji paracetamol sehari atau dari mana-mana kumpulan
ubat tahan sakit yang lain...bukan paracetamol je ye.Lazimnya doktor akan nasihat untuk makan 2 biji je 3 kali sehari, atau ketika perlu sahaja.